Thursday, 10 August 2017

TINGKATKAN TUMPUAN ANAK @ Shaklee Jitra


Image result for tingkatkan tumpuan anak


Tumpuan merupakan kebolehan :

  • Fokus pada sesuatu yang dilakukan (Contoh : permainan, makanan)
  • Mengubah fokus daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain (Contoh : tumpuan daripada permainan kepada ibu bapa)
  • Kekalkan fokus pada satu jangka masa yang khusus

Tumpuan bersama (joint attention) adalah kebolehan untuk berkongsi fokus ke atas sesuatu (orang, objek, konsep, peristiwa) dengan individu lain. Ia berfungsi sebagai alat rujukan yang menggunakan pandangan dan isyarat yang dikongsi bersama untuk berkomunikasi.

Ia bermula di peringkat awal antara kanak-kanak dan ibu bapa iaitu 9 bulan dan mahir semasa 18 bulan.

Kenapa tumpuan penting dalam komunikasi anak saya?

Kemahiran tumpuan dan mendengar merupakan kemahiran yang penting dan diperlukan oleh kanak-kanak untuk belajar tentang persekitaran mereka. Selain itu, ia juga membantu kanak-kanak untuk fokus kepada bunyi atau pertuturan serta memahami bunyi atau pertuturan yang diberikan (Middleton & Waring , 2002).

Oleh yang demikian, berkongsi tumpuan antara kanak-kanak dengan individu di sekeliling mereka dapat membantu dalam perkembangan bahasa, pertuturan, komunikasi dan akademik. Justeru, ia membantu meningkatkan kualiti hidup mereka di masa hadapan.


Kanak-kanak memerlukan kemahiran tumpuan untuk :
  • Membentuk sosial interaksi awal antara kanak-kanak dan dewasa
  • Memahami perkataan dan mengikut arahan dengan lebih tepat
  • Menambah kosa kata (perkataan)
  • Membina struktur ayat yang betul
  • Membentuk bunyi pertuturan yang tepat
  • Menguasai kemahiran membaca dan menulis
  • Penglibatan di dalam perbualan serta perbincangan di kelas


Bagaimana pula jika kanak-kanak yang mengalami kesukaran tumpuan? 

Kesan daripada kesukaran memberi tumpuan adalah :

  • Masalah komunikasi
  • Masalah untuk bersosial dengan rakan sebaya atau golongan dewasa
  • Lambat pertuturan
  • Masalah sebutan bunyi perkataan (pelat)
  • Bertutur tetapi struktur ayat yang digunakan adalah tidak lengkap atau teratur
  • Masalah pembelajaran (membaca dan menulis)

Apakah strategi untuk meningkatkan tumpuan anak saya?

Ibu bapa berperanan penting untuk meningkatkan tumpuan anak. Anda perlu bertenang dan berfikiran positif dalam mencari pendekatan yang berkesan bagi menangani masalah tumpuan dan komunikasi anak anda.

Berikut merupakan strategi untuk ibu bapa menarik dan meningkatkan tumpuan anak:

Kurangkan gangguan

Tutup televisyen atau radio semasa bermain bersama atau menjalankan aktiviti
Simpan telefon atau alatan elektronik seperti iPad atau tablet

Arahan yang jelas dan tegas
Arahan yang jelas dan tegas dapat membantu anak anda lebih peka dan mendengar

Aktiviti yang menarik
Pilih aktiviti yang paling anak anda minati
Ia membantu dalam memberi pilihan kepada anak anda
Seterusnya ia menggalakkan anak untuk berkomunikasi
Gunakan jadual bergambar untuk mengekalkan dan meningkatkan tumpuan anak semasa aktiviti dijalankan

Sistem ganjaran yang konsisten
Puji atau berikan ganjaran secara konsisten dapat membantu anak anda kekal fokus dengan perkara yang dilakukan.

Rangsangan bahasa
Memberi komen ketika bermain dengan anak.

Contoh : Semasa bermain dengan kereta
Ibu/Bapa: “Vroom, vrooom. Kereta datang. Kereta besar datang. Dia nak langgar. Booom.. langgar.”

Tunggu dan perhatikan sebentar respon daripada anak anda.
Respon kepada ekspresi muka, isyarat, bunyi atau pertuturan yang dihasilkan oleh anak.


Pelbagaikan intonasi suara
Intonasi suara yang berbeza-beza boleh menarik perhatian atau tumpuan anak anda.
Guna penekanan bunyi pada perkataan-perkataan yang ingin diajar kepada anak-anak.


Apa yang perlu saya buat untuk tingkatkan tumpuan anak saya?

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan berikut boleh dilaksanakan sebagai rutin harian. Perkara paling penting adalah masa yang perlu diluangkan bersama-sama anak, keseronokan aktiviti yang dijalankan, peluang, galakan dan rangsangan bahasa yang diberikan kepada anak.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu meningkatkan tumpuan anak iaitu :

  • Bermain dengan pasir
  • Bercerita menggunakan buku cerita
  • Menghasilkan diari bersama-sama berkaitan aktiviti yang dijalankan (contoh: berkhemah, membuat kek)
  • Permainan teka (‘guess game’)
  • Teka-teki (‘Puzzle’)
  • Berkebun
  • Seni dan kraf
  • Main masak-masak
  • Membuat pelbagai bentuk menggunakan tanah liat
  • Permainan memori (memory game)
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/tingkatkan-tumpuan-bantu-anak-bercakap/

Image may contain: 4 people, people smiling



Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-420 7668

FB Azwani Aziz

No comments:

Post a Comment